NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 6 dan Kelas Ganti Minggu 5

27 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-enam. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi.

Untuk kelas minggu ke-enam ini, peserta telah diperkenalkan dengan Pemasangan Peralatan (Tube Dripper) dan Pemasangan Smart Watering Device (apps). Selain itu, peserta juga menghadiri kelas ganti untuk minggu kelima di mana pelajar telah belajar cara pengurusan serangga perosak dan kawalan.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali